Padang Merbok bagai lautan merah

Padang Merbok bagai lautan merah

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) – Padang Merbok bagaikan lautan merah pada petang ini tatkala ribuan orang berkumpul bagi ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang disertai ucapan-ucapan yang mempertahankan perlembagaan negara dan gesaan supaya menghormati hak Bumiputera dan kaum-kaum lain.

Perhimpunan itu – diterajui Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disokong oleh pertubuhan bukan kerajaan yang lain – bermula di padang yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur pada kira-kira 3 petang.

Kebanyakan peserta yang memakai kemeja T berwarna merah sebelum itu berkumpul di beberapa buah lokasi yang ditetapkan di sekitar ibu kota Pusat Dagangan Dunia Putra, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Negara dan Kompleks Kraf di Jalan Conlay sebelum berarak ke padang itu.

Pada kemuncak perhimpunan itu, padang itu dipenuhi peserta sehingga melimpah ke kawasan sekelilingnya dengan dipantau rapi oleh anggota polis yang ditugaskan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terjamin.

Ucapan berkenaan turut diselang-seli dengan deklamasi puisi dan peserta menyanyikan lagu-lagu patrotik.

‘Baju Merah’ berhimpun di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini untuk meraikan Hari Malaysia dan sebagai bantahan protes terhadap tunjuk perasaan besar-besaran ‘Bersih 4’ selama dua hari yang menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berikutan skandal rasuah. – Reuters