Paderi cedera serangan gereja di Indonesia

Paderi cedera serangan gereja di Indonesia

MEDAN, Indonesia, 28 Ogos – Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam paderi Katolik dan cuba meletup sebuah gereja di Indonesia hari ini, kata polis, serangan terbaru ke atas penduduk minoriti di negara yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk beragama Islam.

Paderi Albert Pandiangan sedang mengadakan Mass di bandar Medan di barat pulau Sumatra apabila seorang pemuda menghampirinya dan menikamnya di lengan kiri, kata ketua detektif tempatan Nur Fallah.

Penyerang membawa alat peletup buatan sendiri, kata Fallah.

“Seseorang cuba membunuh paderi dengan berpura-pura menghadiri acara gereja dan pada masa itu cuba meletup sesuatu, seperti mercun, namun mercun gagal meletup, ia hanya mengeluarkan asap,” beritahu Fallah kepada wartawan.

Paderi itu mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Gambar kad pengenalan penyerang yang telah diedar di Internet berkata dia adalah seorang Muslim.

Dalam beberapa tahun ini, berlakunya sejumlah serangan ke atas golongan minoriti agama dan orang lain di Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai penduduk beragama Islam di dunia.

Satu serangan berani mati di ibu negara Indonesia pada Januari membunuh empat penyerang dan empat orang awam, termasuk seorang warga Barat, dan mencedera 19 orang.

Pada Julai, seorang pengebom berani mati yang dikaitkan dengan kumpulan IS meletup dirinya di luar sebuah balai polis di Jawa Tengah. Jemaah gereja pada hari ini berjaya menangkap penyerang dan menghubungi polis.

Seorang saksi, Markus Harianto Manullan, berkata penyerang memakai kajet dan membawa sebuah beg.

“Dia duduk di baris yang sama dengan saya. Saya melihatnya mengusik sesuatu dalam jaketnya, dan seterusnya saya terdengar satu letupan kecil dan dia dengan serta mereta berlari ke podium,” kata Manullan.

Polis masih menyiasat motif lelaki itu. – AFP