Paderi maut diserang lembu jantan

Paderi maut diserang lembu jantan

SYDNEY, 4 Mei (Bernama) – Seorang paderi dari pinggir bandar New South Wales (NSW) Australia maut akibat diserang lembu jantan miliknya pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan AAP pada Rabu.

Ketika kejadian mangsa Max-Augustine Eggert, 72, sedang bekerja di ladangnya di Wollemi National Park kira-kira 130 km dari barat laut Sydney.

Mangsa bagaimanapun gagal diselamatkan oleh anggota pasukan kecemasan.

Rakan mangsa Thomas Peacock memberitahu AAP, sebelum ini berlaku sedikit pertelingkahan antara Eggert dengan lembu jantannya.

“Namun kedua-dua tidak boleh dipersalahkan sebab benda dah nak terjadi,” kata Peacock.

Mangsa merupakan seorang ahli perniagaan dan psikologi serta pernah menerbitkan lebih 30 buah buku berkaitan kedua-dua bidang itu.