Paderi, sami Korea Selatan kena bayar cukai

Paderi, sami Korea Selatan kena bayar cukai

SEOUL, 3 Dis (AFP) – Selepas perdebatan menjangkau lebih 40 tahun, parlimen Korea Selatan meluluskan rang undang-undang yang akhirnya memaksa golongan paderi berpengaruh di negara itu supaya membayar cukai.

Rang undang-undang diluluskan sejurus sebelum tengah malam semalam oleh 195 undi berbanding 20, dengan 50 orang ahli undangan berkecuali.

Begitu juga menuju kepada penggubalan, dengan usaha sebelumnya untuk membawa sami-sami, paderi-paderi dan pastor ke dalam lingkungan cukai kebangsaan berkali-kali digagalkan oleh bantahan bersungguh-sungguh dari pihak paderi dan kebimbangan politik.

Dalam memperlihatkan kesensitifan isu itu, rang undang-undang baru sudah lama tertangguh, hanya berkuat kuasa dari awal 2018.

Kang Seog-Hoon, ahli undangan parti memerintah, Saenuri berkata tempoh tangguh akan digunakan untuk berkomunikasi dengan kumpulan agama “supaya dasar boleh diselesaikan tanpa pergolakan.”

Korea Selatan mempunyai kira-kira 360,000 orang paderi dan sami yang perolehan mereka akan dikelaskan semula sebagai “pendapatan agama” dan bukannya bayaran kehormat.”

Mereka yang meraih pendapatan 40 juta won atau kurang setahun akan hanya dikenakan cukai 20 peratus daripada pendapatan mereka. Golongan atas, mereka yang mempunyai pendapatan lebih 150 juta won akan dikehendaki membayar cukai 80 peratus dari pendapatan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA