Pagar penyelamat pengguna

Pagar penyelamat pengguna

pg06_151214_c

TERIMA kasih Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pada hari Ahad 6 Disember 2015, telah didapati sekumpulan pekerja kontraktor telah memasang pagar besi keselamatan di kawasan gaung dan tebing sungai yang tersembunyi di sebalik belukar dan pohon rendang di Jalan Bukit Kabon.

Apabila hujan lebat, permukaan jalan raya berkenaan yang curam akan mengalirkan air dan kadangkala arusnya agak deras. Dengan pemasangan pagar besi keselamatan ini, sudah tentu dapat mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Diharap kalau ada kemalangan berlaku di Jalan Bukit Kabon, ia bukan lagi kelemahan di pihak kerajaan tetapi adalah di pihak pengguna jalan raya yang tidak pandai menghargai apa yang diberikan oleh kerajaan.

Rahmat Haji Abdul Rahman

ARTIKEL YANG SAMA