Pagoda musnah, tiada korban jiwa

Pagoda musnah, tiada korban jiwa

YANGON, 14 April (AFP) – Myanmar kelihatannya hanya mengalami sedikit kerosakan di bangunan-bangunan selepas gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggoncangkan negara utara terpencil itu, kata polis hari ini, ketika laporan awal mengatakan tidak ada sebarang korban jiwa.

Gempa bumi itu yang melanda lewat kelmarin kira-kira lebih 130 kilometer di bawah permukaan, turut dirasakan dari China hingga Bangladesh, di mana puluhan orang cedera dalam rempuhan ketika kepanikan berlaku.

Namun tinjauan awal mengatakan tidak banyak kemusnahan berlaku di Myanmar, menurut pegawai dari wilayah Sagaing, kira-kira 100 kilometer dari pusat gempa.

“Di tempat kami tidak ada korban jiwa walaupun berlakunya kerosakan kecil di pagoda di perkampungan itu,” seorang pegawai polis memberitahu AFP, meminta tidak dinamakan.

ARTIKEL YANG SAMA