Pairin belum terima laporan siasatan pegawai kanan

Pairin belum terima laporan siasatan pegawai kanan

KOTA KINABALU, 7 Okt – Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan belum menerima sebarang laporan berhubung dua pegawai kanan kementeriannya yang direman untuk siasatan oleh Suruhanjay Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan kes penyalahgunaan kuasa.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata beliau dinasihati oleh setiausaha tetap beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman supaya menunggu laporan rasmi sebelum prosedur tertentu boleh dilaksanakan. – Bernama