Pakaian Ratu Elizabeth II akan dipamerkan

Pakaian Ratu Elizabeth II akan dipamerkan

LONDON, 22 Julai – Sebahagian besar pakaian yang dipakai oleh Ratu Elizabeth II sejak zaman kanak-kanaknya akan dipamerkan di Istana Buckingham pada musim panas ini.

Para pegawai Istana berkata hari ini pameran itu akan dibukakan kepada orang ramai yang datang berkunjung pada pembukaan State Room pada musim panas ini di tengah London.

Pameran yang tidak pernah berlaku dulu bagi menandakan ulang tahunnya ke-90 itu termasuk pakaian pengantin yang dipakai oleh ratu ketika dia berkahwin dengan Putera Philip pada 1947 dan pakaian yang dipakainya semasa pemahkotaannya.

Pameran itu juga akan termasuk pakaian baldu sutera hitam yang dipakainya semasa tontonan perdana filem 1956 dan bertemu Marilyn Monroe dan kebanyakan topi tersendiri ratu.

State Room akan dibuka kepada para pelancong yang membeli tiket pada musim panas. Pameran itu dibuka esok (Sabtu). – AP

ARTIKEL YANG SAMA