Pakaian tradisional Sabah semakin lenyap

Pakaian tradisional Sabah semakin lenyap

KOTA KINABALU, 21 Julai – Sebahagian besar pakaian tradisional masyarakat Sabah kini semakin lenyap, kata Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Tan Sri Wences Angang.

Beliau berkata walaupun negeri ini mempunyai lebih 40 etnik, tidaklebih 10 daripadanya yang masih memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing.

“Tidak banyak kumpulan peribumi memakai pakaian tradisional mereka,berbanding masyarakat lain seperti Kadazan, Murut, Rungus dan Dusun Lotud.

“Saya percaya banyak pakaian tradisional kumpulan minoriti sudah lenyap dan Lembaga Kebudayaan Negeri sedang berusaha menjejaki reka bentuknya daripadagenerasi lebih tua yang memuliharanya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus menjahit pakaian tradisional di sini semalam.

Antara pakaian tradisional etnik-etnik di Sabah. – Bernama
Antara pakaian tradisional etnik-etnik di Sabah. – Bernama

Program tahunan itu diadakan lembaga berkenaan setiap tahun sejak 2007 bagimemulihara dan mempromosikan pakaian tradisional sebagai warisan kebudayaan Sabah.

Wences berkata pakaian tradisional menjadi sebahagian daripada identity rakyat dan kursus itu diharapkan dapat menghidupkan kembali sikap menghargai pakaian tradisional serta menggalakkan semua etnik di negeri ini memakainya. – Bernama