Pakar bedah d...

Pakar bedah dipenjara seumur hidup

SYDNEY, 13 Feb – Seorang bekas pakar bedah yang membelasah hingga mati lima anggota keluarga dengan ‘‘objek seperti tukul’ dijatuhi hukuman penjara seumur hidup hari ini bagi salah satu pembunuhan paling ganas di Australia.

Pakar telinga, hidung dan kerongkong kelahiran China itu, Robert Xie pada tahun 2009 telah berkali-kali memukul dua orang kanak-kanak dan tiga orang dewasa di bahagian kepala dan muka ketika mereka tidur di rumah mereka, dengan memukul salah seorang dari mereka 18 kali.

Dia yang berusia 58 tahun, dan yang berhijrah dari China 15 tahun lalu diberitahu bahawa dia akan mati di penjara kerana membunuh abang iparnya Norman Lin dan keluarganya.

Hakim Elizabeth Fullerton memberitahu mahkamah Sydney tentang pembunuhan dahsyat Xie ke atas lima orang itu – termasuklah seorang mangsa yang berusia semuda-mudanya sembilan tahun – menunjukkan ‘keazaman’ untuk meneruskan perlakuan amat ganas.’

Fullerton mengatakan Itu adalah ‘satu episod keganasan bunuh yang kejam dan dirancang dan sudah tentu kesalahan yang hanya boleh digambarkan sebagai amat kejam.’

“Wujud corak yang dapat dilihat dalam bentuk kebanyakan kecederaan akibat pukulan keras pada kepala dan muka ke atas mangsa-mangsa.”

Pihak pendakwa berkata Xie yang mempunyai kunci rumah keluarga itu, didorong oleh kepahitan berkaitan dengan kedudukan rendahnya dengan keluarga itu.

Xie dan isterinya, Kathy Lim – kakak Norman – telah memaklumkan polis tentang mayat-mayat itu, yang membawa kepada penyiasatan besar di Australia dan China.

Dia dakwa pada tahun 2011.

Xie, yang dijatuhkan lima hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol, menegaskan dirinya tidak bersalah dan disokong oleh isterinya.

ARTIKEL YANG SAMA