Pakar: Imej ‘serpihan’ sonar MH370 perlu dikaji semula

Pakar: Imej ‘serpihan’ sonar MH370 perlu dikaji semula

SYDNEY, 20 Okt – Pihak berkuasa Australia yang dalam usaha mencari bangkai pesawat udara Penerbangan Malaysia seharusnya dengan segera menyiasat semula dua kawasan di Lautan Hindi terpencil yang mana gambar sonar menunjukkan apa yang mungkin serpihan-serpihan dari pesawat udara itu, menurut pakar-pakar pencarian laut dalam hari ini.

Pencarian dalam air yang diketuai oleh Australia, yang paling mahal dalam sejarah penerbangan setakat ini tidak menemukan sebarang kesan Pesawat Udara Penerbangan MH370.

Pesawat Penerbangan Malay-sia itu hilang bersama 239 orang penumpang dan anak buah kapal ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada Mac 2014.

Bagaimanapun firma Amerika Syarikat (AS) Williamson and Associates berkata imej-imej dari dasar selatan Lautan Hindi yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan dan Pengangkutan Australia (ATSB) pada bulan ini menunjukkan persamaan dengan serpihan dalam air Penerbangan 447 Air France yang berada di dasar Lautan Atlantik apabila ia terhempas pada tahun 2009, dan mengorbankan kesemua 228 penumpang dan krewnya.

ATSB telah mengeluarkan imej dua tempat sebagai sebahagian kemas kini yang mana ia juga mengatakan imbasan semula ke atas kawasan itu menunjukkan ia tidak berkaitan dengan MH370.

Para pakar yang terlibat dalam pencarian di laut dalam sebelumnya berkata pencarian mungkin semudahnya terlepas pesawat udara itu kerana syarikat Belanda Fugro NV menggunakan teknologi tidak sesuai dan kakitangan yang tidak berpengalaman bagi tugas yang begitu khusus ini.

Williamson and Associates ‘percaya sasaran (imej sonar) memperlihatkan ciri-ciri klasik jejak serpihan impak kuat bangkai pesawat lain yang telah dikesannya,” menurutnya dalam dokumen pencarian yang diperolehi oleh Reuters.

“Kami percaya sebarang sasaran dengan ciri-ciri ini seharusnya disiasat sebagai yang amat menjadi keutamaan,” menurutnya.

ATSB berkata dalam respons bertulis kepada Reuters, bahawa para ahli geofizik, pakar data sonar dan pasukan jaminan kualitinya berpuas hati bahawa struktur dalam rekod sonar adalah ‘konsisten dengan pembentukan geologi persekitaran.”

“Berdasarkan analisis ke atas semua data, tidak ada indikasi yang mempunyai sebarang ciri-ciri serpihan pesawat itu,” menurutnya.

Fugro tidak memberi respons pada permintaan mendapatkan ulasannya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA