Pakar kupas isu kanser ovari

Pakar kupas isu kanser ovari

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Seramai 150 kakitangan kesihatan penjagaan kesihatan pelbagai kepakaran dari hospital kerajaan dan swasta menghadiri simposium, bertemakan Kanser Ovari – Trend Terbaru dalam Pengurusan anjuran Pusat Kanser Brunei, di Bilik Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun hari ini.

Simposium bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser ovari, ujian awal dan pengemaskinian bagi pembedahan dan kemoterapi itu turut menjemput beberapa orang pakar dari Singapura dan tempatan untuk mengupas isu-isu yang dibincangkan dalam simposium itu.

Pakar-pakar ini terdiri daripada Konsultan Ginekologi Thomson Centre Singapura, Prof. Dr. Tay Eng Hseon, Konsultan Onkologi, Universiti Kebangsaan Singapura, Dr. Lim Yi Wan; Konsultan Ginekologi dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Prof Madya Dr. Hajah Roselina binti Dato Paduka Haji Yaakub; Konsultan Patologi, Hospital RIPAS, Dr. Edwin Lim dan Konsultan Onkologi Pusat Kanser Brunei, Dato Dr. Babu Sukumaran.

Simposium yang membincangkan kanser ovari daripada pelbagai disiplin ini dan pengalaman merawat kanser ini, dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Perubatan Pusat Kanser Brunei, Profesor Madya Kenneth Kok.

Gambar ramai pakar yang dijemput mengupas isu kanser ovari di Simposium itu.
Gambar ramai pakar yang dijemput mengupas isu kanser ovari di Simposium itu.