Pakar Saudi teroka program tanam 10,000 pokok di Kuwait

Pakar Saudi teroka program tanam 10,000 pokok di Kuwait

RIYADH, 21 Sept (Arab News) – Sebuah syarikat minyak Kuwait bertemu dengan pelabur Saudi, Ibrahim Alalim untuk perbincangan selanjutnya mengenai rancangan untuk menanam pokok yang serupa dengan sebuah firma tempatan lakukan di Qurais di Wilayah Timur.

“Saya bertemu dengan para pegawai syarikat minyak untuk meneruskan perbincangan bagi kemungkinan syarikat saya, Estefa Group, untuk menanam pokok di Kuwait,” Alalim memberitahu Arab News.

Beliau dan pegawai syarikat minyak pada awalnya mengadakan mesyuarat di Kuwait berkaitan dengan rancangan itu namun mereka belum mencapai satu persetujuan dan menangguhkan rundingan.

Menurutnya lagi, firma minyak itu berminat dalam menanam pokok kerana ia boleh membantu mengurangkan kesan buruk pemanasan global di kawasan itu sementara itu mewujudkan persekitaran kerja yang bagus.

Jika dan bila rancangan itu menjadi kenyataan, Alalim menjangkakan untuk menanam 10,000 pokok pelbagai jenis dengan menggunakan bahan polimer super serap yang direkanya.

Polimer ini, yang telah menerima anugerah antarabangsa kerana kejayaannya, boleh menyerap kuantiti air kira-kira 600 kali daripada beratnya.

Setiap pokok ini akan ditanam bersama 100 liter air setiap dua minggu dan akan dikekalkan selama dua tahun.

Alalim mengatakan pokok-pokok itu yang akan ditanam itu termasuk anak pokok pelbagai jenis seperti pokok sedar, akasia, semambu, moringa dan jarak pagar.

ARTIKEL YANG SAMA