Pakatan AS bantu Turki cari tentera hilang

Pakatan AS bantu Turki cari tentera hilang

WASHINGTON, 1 Dis – Pakatan yang diketuai AS yang memerangi kumpulan Islamic State (IS), sedang membantu Turki mencari dua daripada tenteranya yang dilaporkan hilang di Syria, menurut seorang jeneral Britain semalam.

“Turki adalah sekutu penting bagi kami sebagai rakan NATO dan selaku anggota pakatan, dan justeru itu kami menyokong Turki dalam cuba menemukan dua individu itu,” kata Mejar Jeneral Tentera Britain Rupert Jones, timbalan pemerintah bagi pakatan itu yang menentang kumpulan IS di Iraq dan Syria.

Bercakap kepada para pemberita Pentagon dalam panggilan video, Jones enggan memberikan butiran lanjut dengan alasan ciri-ciri sensitif pencarian itu.

Dua anggota tentera Turki dilaporkan hilang Selasa lalu apabila tentera Turki melancarkan operasi untuk mengusir kumpulan IS dari kawasan sempadan.

Agensi berita Amaq yang mempunyai kaitan dengan IS mendakwa kumpulan pejuang jihad telah menjadi kedua-dua tentera itu sebagai tebusan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA