Pakatan guling Blatter bermula

Pakatan guling Blatter bermula

MIAMI, 29 Jan – Empat calon presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menuju ke Qatar dalam pertemuan yang dijadual berlangsung esok, dengan salah seorang daripada mereka, Tokyo Sexwale dari Afrika Selatan berkata “masanya untuk pakatan sudah tiba”.

Perkembangan itu dikatakan permulaan bagi pertembungan menggantikan Sepp Blatter (Gambar) sebagai ketua badan bola sepak dunia itu.

Jurucakap kepada calon pilihan, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Gianni Infantino, serta Sexwale mengesahkan kepada Reuters yang mereka akan berada di Doha bagi satu perlawanan esok dan akan bertemu dengan anggota persatuan Asia FIFA yang lain.

Jurucakap Putera Ali Al Hussein dari Jordan yang turut menjadi calon kemudian mengesahkan yang dia akan turut ke Qatar bagi perlawanan itu – final Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia Bawah 23 Tahun antara Korea Selatan dan Jepun.

Calon lain, Jerome Champagne, bekas penolong setiausaha FIFA, bagaimanapun enggan mengulas sama ada dia akan berada di Qatar.

pg21_160130_c

Bercakap kepada radio di Afrika Selatan, Metro FM semalam, Sexwale mengesahkan dia akan berada di Qatar sebagai “jemputan Sheikh Salman” dan memberi gambaran memberi sokongan kepada calon dari Asia.

“Masa untuk membuat pakatan sudah tiba. Ini adalah perkara baru yang saya katakan. Ia adalah sesuatu yang sihat, demokrasi dan sesuatu yang bagus.

“Jika saya lihat peluang Tokyo tidak bagus … Saya masih bersama FIFA, tetapi presiden mana yang saya mahu? Masa untuk pakatan sudah tiba,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA