PAKATAN lantik AJK baru

PAKATAN lantik AJK baru

Oleh HM Yusof

 

TUTONG, 11 Mac – Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan (PAKATAN) Daerah Tutong telah memilih ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Baru bagi Sesi 2016-2018 dalam Mesyuarat Agung ke-18, baru-baru ini.

Dengan sokongan ahli-ahli dalam mesyuarat itu, jawatan Yang Di-Pertua disandang oleh Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi; Timbalan Yang Di-Pertua, Haji Umar bin Haji Ahai; Pengerusi Tetap, Haji Ibrahim bin Haji Abdul Manaf; Setiausaha Agung, Haji Mohammad Yusof bin Mohammad Yassin; dan Bendahari Agung, Haji Abdul Rahman bin Haji Gemok.

PAKATAN telah ditubuhkan pada tahun 1994 dengan tujuan untuk menghimpun dan menyatupadukan para pesara dari pelbagai latar belakang, pengetahuan, pengalaman dan profesion untuk berbakti dalam kegiatan sosial, kemasyarakatan, agama, pendidikan dan sukan.

Ahli-ahli PAKATAN bergambar ramai selepas selesai bermesyuarat.
Ahli-ahli PAKATAN bergambar ramai selepas selesai bermesyuarat.

ARTIKEL YANG SAMA