PAKATAN lawat Bandung, Jakarta

PAKATAN lawat Bandung, Jakarta

Oleh HM Yusof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Seramai 21 orang ahli Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) berserta keluarga mereka telah berlepas ke Indonesia untuk mengadakan lawatan sambil belajar selama enam hari.

Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha PAKATAN, Haji Mohammad Yusof bin Mohammad Yassin, akan melawat beberapa tempat menarik di sekitar Bandung dan Jakarta.

pg11_160326_a

Lawatan ini adalah aktiviti pertama bagi tahun ini selepas Mesyuarat Agung PAKATAN pada 9 Mac 2016 lepas, dan dianjurkan untuk menambah pengalaman dan melihat sendiri kebudayaan masyarakat di sana.

ARTIKEL YANG SAMA