PAKATAN rai Syawal erat silaturahim

PAKATAN rai Syawal erat silaturahim

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 12 Ogos – Walaupun bulan Syawal sudah hampir ke penghujungnya, namun sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi diadakan dan petang tadi, Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) telah meraikannya di Kompleks Sukan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa dipimpin oleh Ketua Biro Agama dan Kebajikan PAKATAN, Haji Talipuddin bin Haji Mahari, seterusnya diikuti dengan ucapan alu-aluan Yang Di-Pertua Persatuan PAKATAN, Dato Paduka Haji Ahmad bin Kadi.

Dato Paduka Haji Ahmad dalam ucapannya, menjelaskan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu diadakan adalah bagi meraikan bulan Syawal dan menjadi salah satu aktiviti tahunan persatuan berkenaan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli-ahlinya.

Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma anak-anak yatim kepada Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam dan sumbangan derma peribadi ahli PAKATAN yang diterima oleh Pegawai Daerah Tutong.

Awang Wardi (4 kanan) bersama para tetamu yang lain di majlis itu.
Awang Wardi (4 kanan) bersama para tetamu yang lain di majlis itu.