Pakatan umum gencatan senjata tamat di Yaman

Pakatan umum gencatan senjata tamat di Yaman

RIYADH, 3 Jan (AFP) – Tentera gabungan diketuai Arab Saudi, yang berjuang menentang pemberontak disokong Iran di Yaman mengumumkan tamatnya gencatan senjata hari ini, yang dilanggar setiap hari sejak diisytiharkan bulan lalu.

Pakatan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan Agensi Saudi Press (SPA) mengumumkan, gencatan senjata di Yaman tamat bermula jam 2 petang hari ini.

Berkata, gencatan senjata diumumkan 15 Disember lalu ditamatkan berikutan ‘serangan ke atas jajahan pentadbiran Diraja dengan melepaskan peluru berpandu balistik ke arah bandar di Arab Saudi, menyasarkan pos sempadan dan menghalang operasi bantuan.’

Katanya, pemberontak juga secara berterusan melakukan serangan ke atas penduduk, selain membunuh dan menahan orang awam Yaman di bandar di bawah kawalan mereka.

‘Semua ini menunjukkan betapa tidak seriusnya militan dan sekutu mereka serta tidak mengambil kira nyawa orang awam serta betapa jelasnya mereka mengeksploitasi perjanjian untuk mendapatkan keuntungan,’ katanya.