Pakistan belanja AS$4b beli daging korban

Pakistan belanja AS$4b beli daging korban

ISLAMABAD, 15 Sept – Pakistan telah membelanjakan lebih AS$4 bilion untuk membeli haiwan korban bagi perayaan Aidiladha yang diadakan pada 13-15 September, di seluruh negara.

Hari Raya Aidiladha menjadi aktiviti ekonomi terbesar tahunan di negara itu di mana kira-kira 2,600,000 lembu telah dibeli dengan kos jumlah bersih sebanyak 1.7 bilion dolar AS, menurut laporan Samaa News kelmarin.Sebanyak AS$1,153 bilion dibelanjakan bagi pembelian kira-kira 4 juta ekor kambing.

Daripada pasaran lembu di seluruh negara, orang ramai telah membeli kira-kira 800,000 kambing biri-biri dan 3,000 unta dengan anggaran AS$151 juta.

Pembelian itu juga disertakan dengan jumlah tambahan perbelanjaan ke atas penjual daging atas khidmat penyembelihan haiwan.

Penjual daging Pakistan bersedia untuk menyembelih seekor lembu selepas mengerjakan solat Hari Raya Aidiladha di Islamabad, Selasa lalu. – AFP
Penjual daging Pakistan bersedia untuk menyembelih seekor lembu selepas mengerjakan solat Hari Raya Aidiladha di Islamabad, Selasa lalu. – AFP

Pakistan secara keseluruhannya telah membelanjakan kira-kira AS$690 juta untuk mengorbankan lembu-lembu, manakala penjual daging pula memperolehi AS$225 juta untuk menyembelih kambing dan unta.Sebagai tambahan, pengangkutan dan penghantaran daging korban dari pasar ke rumah-rumah berjumlah AS$47 juta, manakala makanan untuk haiwan pula secara keseluruhannya berjumlah AS$35 juta.

Laporan itu memetik sumber-sumber tempatan yang mengumpul data bagi pasaran lembu di seluruh negara. Islam menyembelih haiwan, biasanya kambing, biri-biri, lembu dan unta bagi merayakan Hari Raya Aidiladha pada hari ke-10, bulan ke-12 dalam kalendar Islam setiap tahun. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA