Pakistan berkabung

Pakistan berkabung

CHARSADDA, Pakistan, 21 Jan – Pakistan sedang berkabung hari ini untuk 21 orang yang terbunuh apabila lelaki bersenjata menyerbu sebuah universiti di kawasan barat laut, mendedahkan kegagalan dalam tindakan keras negara ke atas fahaman pelampau.

Polis bersenjata, ada di antara mereka bertenggek di bumbung bangunan, masih dihantar pada pagi ini di kampus universiti Bacha Khan di Charsadda, di mana pelajar disasarkan dengan bom tangan dan senjata automatik, kata seorang wartawan AFP.

Serangan itu, didakwa oleh puak Taliban Pakistan, menyerupai pembunuhan pada Disember 2014 di sebuah sekolah berhampiran Peshawar yang mencetuskan tindakan keras ke atas militan yang telah dipuji kerana membawa peningkatan dalam keselamatan.

Pegawai hospital berkata salah seorang pelajar cedera di Charsadda, mengkhusus dalam bidang geologi, telah meninggal dunia semalaman. Pengebumiannya dijangka diadakan pada lewat hari ini.

Ahli keluarga mangsa serangan sekolah Peshawar 2014 menziarahi seorang pelajar (tengah) yang men-jadi mangsa serangan Universiti Bacha Khan di sebuah hospital di Charsadda pada 21 Januari. - AFP
Ahli keluarga mangsa serangan sekolah Peshawar 2014 menziarahi seorang pelajar (tengah) yang men-jadi mangsa serangan Universiti Bacha Khan di sebuah hospital di Charsadda pada 21 Januari. – AFP

Polis berkata kematiannya tidak mengubah angka kematian sebelumnya seramai 21 memandangkan seorang mangsa terbunuh telah dikira dua kali sebelum ini.

Tujuh mangsa lain yang selamat berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital tempatan, kata pegawai.

Pihak berkuasa membenarkan sekolah dibuka di wilayah Khyber Pakhtunkhwa hari ini.

“Militan mahu mereka ditutup,” beritahu menteri pendidikan wilayah Arif Khan kepada AFP. “Kami mahu menghantar mesej bahawa pendidikan akan diteruskan.”

Hanya universiti Bacha Khan dan universiti cawangan Abdul Wali Khan di bandar Mardan yang ditutup, kata beliau.

Bendera akan dikibarkan setengah tiang di semua bangunan kerajaan di dalam dan luar negara, kata pejabat Perdana Menteri Nawaz Sharif, sementara satu majlis doa akan diadakan di ibu negara Islamabad. – AFP