Pakistan gigit jari

Pakistan gigit jari

KARACHI, Pakistan, 5 Julai (AFP) – Penyokong dan bekas pemain skuad hoki Pakistan bersedih selepas negara itu gagal layak ke temasya Olimpik Rio tahun depan dan menyifatkan ia sebagai ‘hari hitam’ berikutan mereka sebelum ini mendominasi sukan itu.

Pakistan tewas, 1-0 kepada pasukan tidak terkenal, Ireland dalam perlawanan klasifikasi pada saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium – kejohanan yang menjadi medan kelayakan temasya Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil.

Selaku pemenang pingat emas Olimpik sebanyak tiga kali dan pernah muncul juara dunia sebanyak empat kali, negara itu perlu menang untuk meraih tempat kelima bagi meneruskan baki harapan untuk mara.

Bagaimanapun, pasukan negara itu hanya mampu layak ke peringkat perebutan tempat kelapan dan kesembilan pada kejohanan itu, esok.

Pakistan gagal layak ke temasya Olimpik Rio tahun depan sehingga perdana menterinya meminta penjelasan daripada persekutuan hoki dan jabatan sukan. – Agensi
Pakistan gagal layak ke temasya Olimpik Rio tahun depan sehingga perdana menterinya meminta penjelasan daripada persekutuan hoki dan jabatan sukan. – Agensi

Legenda hoki negara itu, Sami Ullah menyifatkan kegagalan itu sebagai ‘hari hitam’ buat sukan hoki Pakistan kerana ia adalah sukan nasional negara itu meskipun obsesi dengan kriket.

“Kita mendominasi sukan hoki Pakistan, tetapi ini adalah saat hitam bagi sukan nasional dan kita harus berasa sedih,” kata Sami yang dikenali sebagai kuda terbang berikutan kepantasannya sebagai sayap suatu masa dulu.

Berikutan persembahan buruk itu, Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, meminta penjelasan daripada persekutuan hoki negara itu dan jabatan sukan.