Pakistan, India cari jalan damai

Pakistan, India cari jalan damai

ISLAMABAD, 19 Jun (Agensi) – Pakistan berkata bahawa mengembalikan hubungan normal dengan India adalah penting untuk kedamaian dan kemajuan rantau tersebut.

Keterangan Pakistan itu datang susulan berbalas kata-kata kesat baru-baru ini yang telah meningkat ketegangan di antara kedua-dua negara jiran tersebut.

Perdana Menteri India Narendra Modi berkata kepada Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif melalui telefon Selasa lepas yang dilihat sebagai satu langkah untuk mengurangkan ketegangan.

Setiausaha Negara AS John Kerry menghubungi Shariff dan menegaskan Pakistan dan India untuk meredakan ketegangan itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menggesa Pakistan dan India untuk mengambil langkah bagi mengurangkan ketegangan, radio tempatan Pakistan melaporkan kelmarin.

Jurucakap sekutu PBB Farhan Haq memberitahu satu taklimat di New York bahawa PBB meneruskan untuk menggesa kedua-dua negara tersebut untuk cuba menyelesaikan isu dua hala secara aman dan baik, Radio Pakistan melaporkan.

Jurucakap Menteri Luar Pakistan Qazi Khailullah berkata negaranya komited untuk hubungan kejiranan yang baik dengan kesemua negara serantau termasuk India. Dia, bagaimanapun berkata terdapat beberapa isu-isu penting di antara Pakistan dan India yang perlu diselesaikan melalui sesi dialog.

“Pakistan akan mengalu-alukan sebarang langkah positif yang menggalakkan keamanan dan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara,” Khalilillah berkata ketika taklimat hujung minggu apabila ditanya mengenai seruan Perdana Menteri India terhadap Pakistan.

ARTIKEL YANG SAMA