Pakistan kecam kenyataan Trump

Pakistan kecam kenyataan Trump

ISLAMABAD, 3 Mei (Xinhua) – Pakistan semalam mengecam kenyataan calon presiden Republikan AS, Donald Trump bahawa dia akan memastikan doktor Pakistan Shakil Afridi yang dikatakan membantu AS membunuh Osama Laden, dibebaskan dari penjara dalam masa dua minit.

Afridi, yang dikenali di Pakistan sebagai doktor CIA dan disifatkan sebagai wira di AS, sedang menjalani hukuman panjang selama 33 tahun kerana khianat. Trump, yang terkenal dengan kenyataan berkontroversi, bercakap tentang doktor Pakistan itu dalam temu bual baru-baru ini dengan Fox News.

Menteri Dalam Pakistan Chaudhry Nisar Ali Khan berkata nasib Shaki Afridi akan ditentukan oleh mahkamah Pakistan dan Kerajaan Pakistan dan bukan oleh Donald Trump meskipun dia menjadi Presiden AS.

“Shakil Adridi adalah warga Pakistan dan tidak sesiapa pun berhak untuk memerintah kami tentang masa depannya,” Menteri Dalam Negeri berkata dalam responsnya kepada temu bual Trump itu. Khan berkata bukan saja tentang Shakil Afridi tetapi juga tanggapan Trump dan ulasan tentang Pakistan dalam temu bualnya adalah amat bukan kena pada tempatnya dan tidak wajar.

“Bertentangan dengan tanggapan salah Trump, Pakistan bukanlah jajahan AS. Dia seharusnya belajar menghormati negara-negara berdaulat. Donald Trump tidak tahu dari segi sejarah, tentang pengorbanan besar yang telah dibuat oleh Pakistan dan rakyatnya ketika menyokong dasar-dasar AS dalam tempoh beberapa tahun.”

Trump juga berkata dia merancang menambat bantuan AS, ‘kerana kita telah banyak memberi bantuan kepada Pakistan. Kami memberi banyak wang kepada Pakistan.” Tetapi Menteri Pakistan itu berkata ‘kacang’ yang telah diberikan oleh AS kepada Pakistan sebagai balasannya seharusnya tidak digunakan untuk mengancam atau menakut-nakutkan negara supaya mengikut wawasan dasar luar Trump yang salah.

Khan berkata Pakistan adalah sebuah negara yang menderita banyak dan harga yang perlu dibayarnya dalam menyokong AS dalam tempoh bertahun-tahun sukar dibayangkan dengan menambah kata kenyataan Trump bukan hanya untuk menunjukkan ketidakpekaannya tetapi juga kejahilannya tentang Pakistan.

ARTIKEL YANG SAMA