Pakistan laksana hukuman berat pembunuhan ‘bermaruah’

Pakistan laksana hukuman berat pembunuhan ‘bermaruah’

ISLAMABAD, 7 Okt – Walaupun berdepan bantahan kumpulan konservatif, ahli perundangan kelmarin mengambil langkah penting mengekang peningkatan kes pembunuhan ‘bermaruah’ di Pakistan dengan melaksanakan hukuman lebih berat dan juga menutup sebarang ruang yang membolehkan pembunuh bebas.

Kemarahan dikalangan orang awam memuncak di Pakistan berikutan siri pembunuhan kejam yang dilakukan atas nama menjaga maruah keluarga.

Lebih 1,000 wanita dibunuh tahun lalu yang dikatakan pembunuhan ‘bermaruah’ selalunya dilakukan oleh bapa, saudara lelaki atau suami yang percaya mangsa mencemar nama baik keluarga dengan mengahwini lelaki pilihan sendiri, atau sekadar bertemu atau dilihat duduk dengan lelaki.

Mereka yang melakukan pembunuhan itu juga hampir tidak dihukum langsung. Selari dengan undang-undang Syariah, hukum kanun perundangan Pakistan sejak 1990-an membolehkan keluarga mangsa memaafkan pembunuh. Oleh kerana pembunuh dalam kes itu selalunya saudara rapat, keluarga mangsa selalunya memaafkan mereka.

Seorang ahli parlimen Pakistan dari parti agama Pakistan meninggalkan Parlimen selepas menghadiri sesi pemesyuaratan di Islamabad, Pakistan, kelmarin. – AP
Seorang ahli parlimen Pakistan dari parti agama Pakistan meninggalkan Parlimen selepas menghadiri sesi pemesyuaratan di Islamabad, Pakistan, kelmarin. – AP

Langkah yang diluluskan kelmarin itu melaksanakan hukuman mandatori penjara 25 tahun bagi sesiapa disabitkan bersalah membunuh atas nama maruah dan melarang anggota keluarga memaafkan pembunuh.

Saudara mara mangsa cuma boleh memaafkan pembunuh yang dihukum mati, yang membolehkan hukuman dikurangkan kepada penjara.

Aktivis dan pembangkang yang menyokong undang-undang itu berkata ia adalah kemajuan dalam arah yang tepat walaupun perlu pergi lebih jauh untuk memansuhkan usaha memaafkan pembunuh. – AP

ARTIKEL YANG SAMA