Pakistan lanjut tempoh penempatan warga Afghan

Pakistan lanjut tempoh penempatan warga Afghan

ISLAMABAD, 9 Sept – Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakistan berkata Perdana Menteri Nawaz Sharif telah melanjutkan tempoh penetapan sementara untuk pelarian Afghanistan, menolak kembali tarikh akhir yang diumumkan tiga bulan sebelum ini.

Kenyataan itu berkata Sharif meluluskan keputusan demikian pada mesyuarat Kabinet pada hari ini di Islamabad.

Pakistan kini telah menerima sekurang-kurangnya 1.5 juta pelarian. Di tambah dengan satu juta rakyat Afghanistan yang tidak berdaftar telah tinggal di banyak tempat di Pakistan sejak 1980-an, apabila mereka melarikan diri dari keganasan.

Pengumuman itu dikeluarkan di tengah-tengah laporan bahawa pihak berkuasa Pakistan telah memaksa rakyat Afghanistan untuk balik ke rumah sebelum habis tempoh, iaitu tarikh akhir sebelum ini adalah pada 31 Disember.

Kenyataan itu memetik Sharif sebagai berkata bahawa pelarian Afghanistan adalah ‘tetamu’ Pakistan dan langkah-langkah akan diambil untuk memastikan keselamatan mereka terjamin. – AP