Pakistan rampas 100 beg bahan letupan

Pakistan rampas 100 beg bahan letupan

PESHAWAR, 7 Feb – Pasukan Keselamatan Pakistan mendakwa berjaya mengagalkan usaha pengganas di rantau barat laut negara itu yang bergolak dengan merampas lebih 100 beg yang penuh dengan bahan letupan dari sebuah kenderaan.

Pentadbiran politik Bajaur Agency merampas bahan letupan itu sejurus selepas ia memasuki agensi yang bersempadan dengan daerah Loewr Dir di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Penolong ejen politik, Khar Muhammad Ali Khan memberitahu wartawan bahawa pegawai – pegawai keselamatan telah menghentikan sebuah trak berhampiran pusat pemeriksaan saempadan dan merampas 100 buah beg dipenuhi dengan bahan letupan.

Dia berkata beg – beg terbabit mempunyai berbagai jenis bahan letupan. Pegawai mendakwa bahan letupan tersebut diseludup dari Loewr Dir ke Bajaur untuk menjalankan serangan ganas.Dia berkata pemandu trak terbabit berjaya melarikan diri.

Usaha masih dijalankan untuk menahan mereka yang bertanggungjawab membawa bahan –bahan letupan itu ke agensi tersebut.

Keselamatan di wilayah itu diperketatkan sejak serangan ke atas Universiti Bacha Khan (BKU) berhampiran ibu negara wilayah, Peshawar pada 20 Januari lalu, apabila militan Taliban memasuki kompleks itu dan menembak mati 21 orang, termasuk penuntut-penuntut. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA