Pakistan siasat ‘kilang ijazah palsu’

Pakistan siasat ‘kilang ijazah palsu’

ISLAMABAD, 19 Mei – Pakistan akan menyiasat sebuah firma yang dituduh oleh New York Times (NYT) telah meraih berpuluh-puluh juta dolar dengan menjalankan sebuah empayar ijazah palsu sejagat, menurut para pegawai hari ini.

Menteri Dalam Negeri Chaudhry Nisar Ali Khan telah mengarahkan Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) untuk menyiasat ‘jika syarikat yang dikatakan itu terlibat dalam sebarang kerja menyalahi undang-undang yang boleh mencemarkan imej baik negara di dunia,” menurut kenyataan kementerian itu.

Menurut sebuah rencana Times yang disiarkan semalam, syarikat beribu pejabat di Karachi iaitu Axact telah menubuhkan rangkaian luas yang merupakan ratusan laman sesawang bagi universiti palsu dengan nama seperti ‘Columbiana’ dan ‘Barkley’, lengkap dengan pelakon berbayar yang muncul sebagai anggota fakulti dan pelajar di video promosi.

Laporan itu, yang menyebutkan bekas kakitangan dan menganalisis lebih 370 laman sesawang universiti, badan pentauliahan dan institusi lain yang dimaksudkan yang palsu, telah mencetuskan gelombang kritikan di media sosial meskipun syarikat itu menafikan salah laku.

Usaha media Axact iaitu yang diberi nama Bol dijangka melancarkan saluran berita, yang memaparkan pemberita TV terkenal dan wartawan yang dipikat dari majikan sebelumnya dengan gaji tinggi, menambah lagi minat dalam kisah ini.

Rencana NYT menyebutkan pelanggan dari AS, Britain dan Amiriah Arab Bersatu yang telah membayar jumlah wang dari beribu-ribu hinggalah beratus-ratus ribu dolar untuk ijazah mereka – dengan sebilangan mereka percaya universiti-universiti itu adalah tulen dan kelak mereka akan menerima tugasan kursus.

Laman sesawang ‘universiti-universiti’ terutamanya menghantar laluannya menerusi server yang dikendali oleh syarikat-syarikat berdaftar di Cyprus dan Lativa dan kakitangan akan meletakkan laporan yang direka-reka tentang universiti Axact pada laporan CNN, satu laman sesawang bagi tulisan warganegara.

Axact dan CEO syarikat itu, Shoaib Ahmad Shaikh tidak memberi respons pada permintaan AFP untuk memberi ulasan semalam atau hari ini.

Tetapi mesej di laman sesawangnya mengisytiharkan cerita itu tidak berasas, berniat jahat, fitnah dan berasaskan tuduhan palsu dan menambah kata ia akan menyaman NYT. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA