Pakistan sokong perjuangan Rohingya

Pakistan sokong perjuangan Rohingya

ISLAMABAD, 11 Jun (dpa) – Parlimen Pakistan melahirkan kebimbangan serius dengan “jenayah amat kejam yang dilakukan secara teratur” ke atas penganut Islam Rohingya oleh “pelampau agama” di Myanmar.

Resolusi kerajaan dan disokong oleh pihak pembangkang “menyelar tanpa sangsi dan sekeras-kerasnya” layanan ke atas kumpulan etnik minoriti.

Ia juga menuduh kerajaan “penyokong aktif dan terlibat” dalam pelbagai “kempen memudaratkan” ke atas mereka.

Rohingya tidak layak mendapatkan status kewarganegaraan di Myanmar yang majoriti penduduknya beragama Buddha serta menganggap etnik itu sebagai penghijrah haram dari Bangladesh.

Beribu-ribu masyarakat telah lari, kebanyakannya dengan menaiki bot menuju Malaysia dan Indonesia,dengan alasan penyeksaan dan serangan di Myanmar.

Masyarakat awam, wartawan dan aktivis parti politik Pakistan ketika bantahan sebagai menyatakan sokongan kepada Islam Rohingya di Islamabad. Gambar fail dirakam pada 5 Jun 2015. – AFP
Masyarakat awam, wartawan dan aktivis parti politik Pakistan ketika bantahan sebagai menyatakan sokongan kepada Islam Rohingya di Islamabad. Gambar fail dirakam pada 5 Jun 2015. – AFP

Parlimen Pakistan, rasminya republik Islam, menyeru masyarakat antarabangsa supaya melindungi Rohingya dan menyeru kerajaan Myanmar supaya berhenti memberi layanan buruk ke atas masyarakat itu.

Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perdana Menteri Nawaz Sharif pada Selasa lalu berkata Pakistan akan menyediakan 5 juta dolar melalui Program Makanan Sedunia bagi membantu khemah-khemah Rohingya di Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Indonesia dan Malaysia berkata mereka akan membenarkan beribu-ribu penghijrah Rohingya yang dikatakan berada di laut untuk mendarat jika perlu, bagi tempoh terhad. Thailand berkata ia bercadang membina khemah untuk mereka, kontinjen yang disokong antarabangsa.

Militan-militan Taliban di Pakistan pada Isnin lalu menggesa masyarakat Rohingya “bersenjatakan pedang” dan memperjuangkan jihad menentang kerajaan Myanmar.

ARTIKEL YANG SAMA