Pakistan tahan 2 lelaki

Pakistan tahan 2 lelaki

KARACHI, 19 Jun (Reuters) – Pihak berkuasa Pakistan berkata mereka menahan dua lelaki semalam berhubung dengan pembunuhan seorang ahli politik pembangkang Pakistan di London lima tahun lalu.

Mohsin Ali Syed, yang meninggalkan Britain beberapa jam selepas pembunuhan Farooq dan dikehendaki oleh Scotland Yard, dan Khalid Shamin sedang menyeberangi ke wilayah Pakistan Baluchistan dari Afghanistan apabila mereka diberkas.

Farooq ialah anggota pengasas sebuah parti politik utama di Pakistan, Gerakan Muttahida Qaumi (MQM), yang mengawal Karachi, bandar paling kaya di Pakistan dan tempat tinggal kepada 20 juta penduduk.

Beliau telah dituduh membunuh, menyeksa dan melakukan jenayah serius lain serta berusaha mendapatkan perlindungan di London di mana beliau ditikam dan dibelasah hingga mati dalam perjalanan pulang dari kerja.

“Kedua-dua lelaki adalah aktivis MQM, salah seorang di antara mereka terbbait secara langsung dalam penikaman Farooq, seorang lagi dikatakan bertindak sebagai pengendali,” beritahu pegawai kanan keselamatan kepada Reuters.

MQM tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Seorang jurucakap untuk separa tentera Frontier Corps berkata, “Kementerian Dalam Negeri telah dihubungi mengenai penangkapan mereka dan lelaki berkenaan akan diserah kepada Agensi Siasatan Persekutuan.”

Pemimpin MQM Altaf Hussain telah menetap dalam buangan di Britain sejak 1992. Beliau telah ditahan dan disoal berhubung dengan pembunuhan Farooq pada Jun lalu, membawa kepada bantahan yang menutup Karachi.

Tidak ada sesiapa yang telah didakwa dengan pembunuhan Farooq tetapi beberapa aktivis MQM telah disoal dan salah seorang di antara mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pembersihan wang pada April.

ARTIKEL YANG SAMA