Pakistan tembak jatuh dron India

Pakistan tembak jatuh dron India

ISLAMABAD, Pakistan, 16 Julai – Tentera Pakistan semalam mendakwa menembak jatuh sebuah dron pengintip India kerana mencabul sempadan wilayah dan aktiviti yang disyaki di kawasan Jammu dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, lapor media tempatan.

Saluran TV Urdu tempatan Express News, memetik lidah rasmi tentera Pakistan Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan, berkata dron India ditembak jatuh di kawasan Jammu dan Kashmir Bhimber kerana mencabul Garisan Kawalan (LOC).

LOC membahagikan kedua-dua negara di rantau Kashmir.

Dron India sedang mengambil gambar tapak berlainan di kawasan tersebut apabila ia ditembak jatuh oleh tentera yang dihantar di kawasan berkenaan, menurut laporan.

“Sebuah dron pengintip India ditembak jatuh oleh tentera Pakistan yang menceroboh Pakistan sepanjang LOC berhampiran Bhimber hari ini.

Kementerian Luar Pakistan mendakwa dron pengintip India tersebut ditembak kerana mencabul sempadan wilayah.
Kementerian Luar Pakistan mendakwa dron pengintip India tersebut ditembak kerana mencabul sempadan wilayah.

“Dron pengintip digunakan untuk pengambilan gambar udara,” saluran TV memetik kenyataan tentera sebagai berkata.

Kementerian Luar Pakistan juga telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India di Islamabad untuk mengemukakan bantahan berhubung pencabulan LOC oleh dron pengintip India, lapornya. – Agensi