Pakistan: Trump puji PM ‘lelaki hebat’

Pakistan: Trump puji PM ‘lelaki hebat’

ISLAMABAD, 1 Dis – Pakistan berkata Donald Trump memuji perdana menterinya sebagai ‘lelaki yang hebat’ dan menawarkan sokongan kepada negara ‘hebat’ itu, dalam satu panggilan telefon yang membingungkan ramai orang selepas kritikan pedas sebelum ini.

Kerajaan Pakistan mengeluarkan artikel terus-terang itu, lengkap dengan bahasa Trump, selepas Sharif menelefon jutawan harta tanah itu untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau dalam pilihan raya. Tersebar meluas di media sosial, kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam menimbulkan kejutan memandangkan retorik anti-Islam dalam kempen Trump dan gambaran presiden dipilih sebelum ini yang menganggap negara itu ‘bukan kawan kami’.

Ia berkata Trump memberitahu pemimpin Pakistan, kini dibelenggu dalam kes mahkamah rasuah, bahawa beliau mempunyai “reputasi yang baik.”

“Anda adalah lelaki hebat. Anda melakukan kerja luar biasa yang dapat dilihat dalam setiap aspek, saya tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anda. Semasa saya bercakap kepada anda Perdana Menteri, saya rasa saya sedang bercakap kepada seseorang yang telah saya kenal untuk masa yang lama,” ia memetik Trump sebagai berkata.

“Negara anda adalah mengagumkan dengan peluang besar. Rakyat Pakistan adalah salah satu penduduk paling bijak,” kata Trump menurut kenyataan, sementara juga menawarkan untuk membantu menyelesaikan banyak cabaran yang dihadapi oleh negara termasuk pemberontakan ganas.

“Saya bersedia dan rela memainkan mana-mana peranan yang anda mahu untuk mengatasi dan mencari penyelesaian kepada masalah sekarang. Ia satu penghargaan dan saya akan lakukannya.”

Trump telah lama memandang rendah terhadap Pakistan dalam media sosial.

Pada 17 Januari 2012, beliau menulis dalam Twitter: “Faham betul-betul: Pakistan bukan kawan kami. Kami telah memberikan mereka bilion dolar, dan apakah yang kami dapat? Pengkhianatan dan sikap tidak hormat – dan lebih teruk.

Penduduk Pakistan juga telah berasa sangsi tentang hubungannya dengan musuh India. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA