Palace pecat de Boer

LONDON, 12 Sept – Crystal Palace semalam memecat pengurus pasukan Frank de Boer selepas permulaan yang hambar dalam musim Liga Perdana yang menyaksikan mereka tewas ke semua empat perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Kelab dari Selatan London itu berada di kedudukan ke-19 dalam liga, dikiatkan dengan perpindahan untuk melantik bekas bos England, Roy Hodgson untuk menggantikan pengurus dari Belanda itu.

“Kelab Bola Sepak Crystal Palace pagi ini berpisah bersama Frank de Boer.

“Kami mahu berterima kasih kepada Frank kerana dedikasinya dan kerja keras ketika berada di kelab,” kata kenyataan ringkas dalam laman sesawang kelab itu.

“Pengurus baru akan dilantik dan kami mendoakan masa depan yang terbaik bagi Frank,” tambah kenyataan itu.

Frank de Boer ditunjukkan jalan keluar selepas tewas kesemua empat aksi pembukaan liga setakat ini. – AP

De Boer, 47, yang mengendalikan empat perlawanan adalah paling sedikit bagi pengurus Liga Perdana, berkata dalam kenyataan menerusi akuan Instagram bahawa dia kesal dengan keputusan itu.

“Terlalu kecewa mengenai keputusan tetapi saya mahu berterima kasih kepada pemain, kaki tangan dan peminat bagi sokongan mereka. Semoga berjaya pada masa depan,” katanya.

Pengerusi Palace, Steve Paris pada Ahad lalu menjelaskan menerusi Twitter kepada peminat pasukan, tanpa memberikan sokongan jelas kepada bekas bos Ajax dan Inter Milan itu.

Dalam pertukaran pendapat bersama penyokong menerusi media sosial berikutan kekalahan 1-0 Ahad lalui di Burnley, Parish menulis: “Orang ramai merasa kecewa, saya kecewa, begitu juga dengan pengurusan dan pemain. Kami tahu kami lebih baik dari ini…”

Palace setakat ini bolos tujuh gol dalam menewaskan Huddesfield Town, Liverpool, Swansea City dan Burnley.

Satu-satunya kemenangan perlawanan musim ini hadir menentang Ipswich Town pada pusingan kedua Piala Liga bulan lalu. – AFP