Palang Merah perlu AS$15.5 j bantuan

Palang Merah perlu AS$15.5 j bantuan

SEOUL, 21 Sept – Palang Merah merayu hari ini bagi peruntukan sebanyak AS$15.5 juta dalam dana kecemasan untuk membantu bencana banjir yang melanda Korea Utara, memberi amaran ‘bencana secondary’ di negara miskin kecuali bantuan segera disediakan.

Sekurang-kurangnya 138 orang diketahui telah meninggal dunia dan hampir 400 hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir besar, di timur laut negara itu, PBB berkata minggu lepas. Menurut PBB, 140,000 orang memerlukan bantuan. Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) berkata kira-kira 70,000 kekal kehilangan tempat tinggal selepas puluhan ribu rumah rosak atau musnah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA