Palestin buka Muzium Arafat di Ramallah

Palestin buka Muzium Arafat di Ramallah

RAMALLAH – Muzium Yasser Arafat telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada hari Rabu yang lepas di Ramallah. Muzium ini dibina adalah untuk mempamerkan latar belakang peribadi tokoh tersebut yang terkenal sebagai seorang pemimpin Palestin yang menawarkan pelbagai liku sejarah yang bernilai malah muzium tersebut juga menyimpan rapi serban beliau yang berwarna hitam putih dikenali sebagai Keffiyeh.

Muzium tersebut mempamerkan kebanyakan barangan peribadi beliau buat kali pertama termasuk cermin mata hitam beliau yang sering beliau pakai ketika berucap di Majlis ‘United Nationd’ pada tahun 1974, beberapa skraf Keffiyehs, iaitu skarf ikonik beliau, pistol dan juga pasport Palestin beliau.

Muzium Arafat ini juga turut memaparkan peristiwa dan sejarah-sejarah penting Palestin termasuk segala bencana dan malapetaka (Nakba) yang mencetuskan huru-hara di kalangan penduduk yang dicetuskan sendiri oleh pihak Israel pada tahun 1948.

Selepas sahaja kematian Arafat pada tahun 2004, beliau terus digantikan oleh Presiden, Mahmud Abbas.

Presiden tersebut merasmikan buat kali pertama muzium tersebut pada hari Rabu lepas untuk kunjungan orang ramai dan dianggarkan memakan belanja sekitar AS$7 juta.

Muzium ini dibina adalah untuk mempamerkan latar belakang peribadi tokoh tersebut yang terkenal sebagai seorang pemimpin Palestin yang memperlihatkan pelbagai liku sejarah yang bernilai. – AFP
Muzium ini dibina adalah untuk mempamerkan latar belakang peribadi tokoh tersebut yang terkenal sebagai seorang pemimpin Palestin yang memperlihatkan pelbagai liku sejarah yang bernilai. – AFP

Muzium tersebut dibina di belakang makam beliau di dalam kawasan ibu pejabat Presiden Palestin di Ramallah. Nabeel Kassis, Ketua jawatankuasa Muzium berkata, “Para pengunjung akan dapat belajar dan mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah negara Palestin bermula dari awal abad ke-20 sehinggalah kematian Arafat pada tahun 2004.”

“Apa yang penting kebanyakan kehidupan Yasser Arafat berhubung rapat dengan sejarah negara Palestin dan beliau sangat rapat dengan perjuangan bersama dengan rakyat dan penduduk Palestin,” tambah Nabeel kepada wartawan AFP.

Muzium tersebut juga akan memainkan beberapa video peribadi beliau dalam usahanya untuk mempertahankan dan memperjuangkan negara Palestin malah beberapa video yang dimiliki oleh tokoh itu turut memaparkan detik-detik penting dalam sejarah negara Palestin.

Pembukaan rasmi muzium tersebut dibuka rasmi dua hari sebelum rakyat Palestin memperingati ulang tahun ke-12 kematian Yasser Arafat di sebuah rumah sakit berhampiran dengan kota Paris pada 11 November 2004 dan sebab kematian beliau tidak diketahui. Yasser Arafat meninggal dunia ketika berusia 75 tahun.

‘Towering Figure’

Para pengunjung yang berpeluang melawat muzium itu akan menjalani satu pameran yang terakhir di mana para pelawat akan dapat melihat sendiri keadaan sebuah bilik kecil di mana Arafat telah dikurung selepas beberapa buah kereta kebal Israel telah mengelilingi ibu pejabat beliau pada tahun-tahun terakhir beliau semasa intifada Palestin iaitu semasa kebangkitan Palestin menentang kerajaan itu.

Bilik kecil itu terletak di sebuah bangunan bersebelahan dalam kawasan yang sama dan dihubungkan dengan bangunan utama muzium tersebut dengan menggunakan sebuah jambatan.

Di dalam bilik kecil itu terdapat sebuah katil di mana Arafat tidur dan di bilik kecil ini juga, Arafat menghabiskan waktu-waktu terakhirnya. Menurut sejarah, Yasser Arafat sudah terkenal dan diiktiraf oleh antarabangsa sebagai seorang pemimpin Palestin.

Di dalam bilik kecil itu juga terpapar sebuah lukisan yang dilukis sendiri oleh anak perempuan beliau dan juga sebuah almari kecil yang mengandungi pakaian seragam ikonik tentera milik beliau.

Manakala, terdapat juga sebuah bilik di mana Arafat menerima pelbagai rawatan kesihatan sebelum beliau dipindahkan di Paris, Perancis. Di bilik tersebut terdapat juga pelbagai laporan kesihatan beliau yang disahkan oleh pihak kerajaan Palestin, Rusia, Perancis dan juga dari Switzerland sehinggalah kematian beliau. Beberapa imej pengebumian beliau juga turut dipamerkan yang berlatar belakang beberapa lokasi seperti di Perancis, Mesir dan juga Ramallah.

Di dalam bilik kecil itu terdapat sebuah katil di mana Arafat tidur dan di bilik kecil ini juga Arafat menghabiskan waktu-waktu terakhirnya. – AFP
Di dalam bilik kecil itu terdapat sebuah katil di mana Arafat tidur dan di bilik kecil ini juga Arafat menghabiskan waktu-waktu terakhirnya. – AFP

Beberapa pakar dari Perancis telah menjalankan beberapa siasatan terhadap Arafat selepas beberapa dakwaan bahawa Arafat telah diracun dan juga atas permintaan isteri beliau, Suha.

Para pakar tersebut telah menyimpulkan bahawa tiada racun atau bahan bukti yang kukuh bahawa Arafat telah diracun atau salah laku.

Pihak Palestin telah menuduh Israel kerana telah meracun Arafat namun pihak Israel menolak mentah-mentah tuduhan itu.

Hadiah Nobel

Antara pameran yang lain dipamerkan ialah Hadiah Nobel Keamanan yang mana Arafat memenangi pada tahun 1994 bersama-sama dengan rakan-rakan rundingan Israel beliau iaitu Yitzhak Rabin dan juga Shimon Peres untuk proses perjanjian Oslo pada tahun sebelumnya.

Hadiah tersebut cuba ditebus kembali oleh Gaza yang mana diperintah oleh gerakan Hamas iaitu pesaing hebat Arafat Fatah yang mana kemudiannya hadiah itu dipamerkan sepenuhnya di muzium tersebut.

Yasser Arafat semakin terkenal dan meningkat untuk menjadi pemimpin gerakan Palestin selepas sahaja penubuhan Israel pada tahun 1948 yang mana membawa kepada satu perjuangan bersenjata terhadapnya di mana telah meragut ribuan nyawa.

Sedekad selepas itu, Arafat menafikan pergolakan malah terkenal setelah berjabat tangan dengan Rabin di rumah putih walaupun perjanjian keamanan Oslo tidak menjadi kenyataan.

Lebih daripada satu dekad selepas kematiannya, Arafat kekal sebagai seorang tokoh yang menjulang tinggi terutama sekali dalam budaya Palestin, politik dan juga masyarakat. Pengarah Muzium, Mohammad Halayqa berkata, “Arafat adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam gerakan kebangsaan Palestin selama beberapa dekad dan kami mahu menyerlahkan lagi bagaimana cerita beliau yang rapat dengan rakyat di jiwa kebanyakan warga Palestin.” – AFP