Palestin selar dakwaan keprihatinan Nentanyu

Palestin selar dakwaan keprihatinan Nentanyu

BAITULMUQADDIS, 12 Ogos – Kumpulan hak asasi Palestin menyelar dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau dan Israel lebih mengambil berat mengenai orang Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri.

Netanyahu membuat kenyataan itu semalam sebagai membalas dakwaan bahawa Hamas, pemerintah Gaza, menerima sejumlah besar dana bantuan daripada badan amal global World Vision dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara haram.

“Saya, Perdana Menteri Israel lebih mengambil berat mengenai rakyat Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri,” kata Netanyahu dalam video yang disiarkan dalam talian.

“Israel lebih mengambil berat mengenai Palestin berbanding pemimpin mereka sendiri,” kata Netanyahu.

“Hamas, organisasi pengganas yang mentadbir Gaza, mencuri berjuta-juta dolar daripada organisasi kemanusiaan seperti World Vision dan PBB.”

“Rakyat Palestin yang tertindas dan miskin dinafikan bekalan bantuan penting dari negara-negara di seluruh dunia,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat, berkata “Kebencian Netanyahu menentang rakyat Palestin menjadikan beliau telah mencipta sejarah yang selari.”

“Netanyahu yakin bahawa rakyat Palestin perlu bersyukur dengan hidup di bawah rejim apartheid dan dalam bua-ngan,” katanya dalam satu kenyataan kepada AFP.

Netanyahu, bagi pihaknya, berkata Israel “melayan warga Palestin yang cedera di hospitalnya” dan dibandingkan dengan “Hamas, yang menghalang rakyat Palestin yang cedera daripada mendapat bantuan.” – AFP