Palmer sekadar kena tegur

Palmer sekadar kena tegur

SYDNEY, 16 Sept (Reuters) – Pemenang pingat emas Olimpik Kylie Palmer telah ditegur atas pencabulan dadah pada 2013, menurut Renang Australia hari ini, sekali gus membuka laluan kepadanya untuk bertanding pada Sukan Rio pada tahun depan.

Badan dunia FINA pada mulanya membebaskan Palmer pada 2013 selepas “jumlah bahan dilarang yang rendah” yang ditemui dalam sampel pertandingannya pada kejohanan dunia Barcelona tidak muncul dalam ujian lain yang dijalankan pada masa yang sama. Bagaimanapun, pada Februari tahun ini, Agensi Anti-Dadah Dunia (WADA) memperoleh butir-butir kes itu dan seterusnya meminta Mahkamah Penimbang Tara Sukan supaya mengarah FINA untuk menganggap kes tersebut sebagai pencabulan anti-dadah.

Palmer seterusnya menarik diri daripada pasukan Australia untuk kejohanan dunia pada bulan lalu di Kazan dan menerima penggantungan sementara.

ARTIKEL YANG SAMA