Palmyra mungkin ambil masa ‘5 tahun’ untuk dipulihkan

Palmyra mungkin ambil masa ‘5 tahun’ untuk dipulihkan

PALMYRA, Syria, 28 Mac (AFP) – Para ahli kaji purba bergegas ke bandar lama Palmyra hari ini untuk menilai kerosakan angkara kumpulan Islam IS, selepas ia disingkirkan oleh tentera Syria dalam pertempuran berdarah.

Presiden Bashar al-Assad menyambut baik kemenangan itu sebagai ‘penting’ ketika Damsyik dilaporkan menghantar pakar-pakar untuk memeriksa kerosakan angkara pejuang jihad di tapak warisan dunia UNESCO.

Seorang wartawan AFP yang berada di Palmyra berkata beberapa monumen, termasuklah kuil ikonik, Kuil Bel, runtuh hampir setahun selepas pejuang jihad merampas tapak itu, tetapi kebanyakan bandar lama itu tidak rosak.

Kawasan perumahan berhampiran di bandar moden bersebelahan, yang mana 70,000 tinggal di situ sebelum peperangan telah lengang dan kerosakan di sana meluas, menurut wartawan itu.

Tentera Syria, anggota militia pro kerajaan dan para pejuang Rusia berjalan di antara puing-puing dalam kekaguman selepas merampas bandar itu semalam, manakala pasukan tentera rejim menendang bola sepak di sekitar tengah jalan.

Gabungan imej yang menunjukkan gambar fail (atas) pada 14 Mac 2014 Kuil Bel yang diletupkan oleh IS pada September 2015 dan runtuhan kuil selepas tentera Syria menawan semula tapak purba Palmyra dari IS pada 27 Mac 2016. – AFP
Gabungan imej yang menunjukkan gambar fail (atas) pada 14 Mac 2014 Kuil Bel yang diletupkan oleh IS pada September 2015 dan runtuhan kuil selepas tentera Syria menawan semula tapak purba Palmyra dari IS pada 27 Mac 2016. – AFP

Ketua karya kuno Syria berkata artifak sangat berharga itu telah bertahan lebih baik daripada kebimbangan dari kempen pemusnahan yang disifatkan oleh UNESCO sebagai ‘jenayah perang.”

“Kami menjangkakan yang teruk. Tetapi landskap, pada dasarnya dalam keadaan baik,” Maamoun Abdulkarim memberitahu AFP dari Damsyik.

“Kita mungkin kehilangan Palmyra sepenuhnya. Keseronokan yang saya rasakan tidak dapat digambarkan.” Sejarawan dunia lama Maurice Sartre memberitahu AFP bahawa Abdulkarim dalam perjalanannya dari Damsyik untuk mula meninjau kemusnahan itu.

Manakala itu, Abdulkarim mengatakan jabatan bahagian antikuiti Syria memerlukan tempoh lima tahun untuk memulihkan semula runtuhan purba Palmyra yang dimusnahkan oleh kumpulan IS.