Palsukan dokumen, syarikat jurutera ke mahkamah

Palsukan dokumen, syarikat jurutera ke mahkamah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Sebuah syarikat kejuruteraan tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret baru-baru ini atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu ketika berurusan dengan kerajaan negara ini.

Goo Brothers Electrical Engineering Sdn Bhd yang diwakili Pengarahnya, Goo Han Cheong mengaku tidak bersalah di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

Syarikat itu didakwa menggunakan dokumen palsu sekitar April 2009, kononnya ditandatangani oleh Pengurus Besar Petitjean dari United Kingdom.

pg06_150704_mahkamah logo2

Syarikat itu turut berdepan kesalahan yang sama, juga menggunakan dokumen palsu sekitar Mei 2009.

Setiap kesalahan jika didapati bersalah, membawa kepada hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dan denda.

Pemangku Majistret Kanan menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili.

ARTIKEL YANG SAMA