Pamer bakat bermain Yo-yo

Pamer bakat bermain Yo-yo

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh KBSentral

 

BELAIT, 29 Mac – Kelab Yo-Splinter dengan kerjasama Pengurusan Pusat Membeli-Belah KBSentral telah menganjurkan Pertandingan Yo-Yo Daerah Brunei (BDYC) yang berlangsung selama dua hari di ruang legar pusat membeli-belah tersebut.

Seramai 16 orang peserta menyertai pertandingan berkenaan yang dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk kategori 1A (Single-Handed Division), Eli Hop dan Long Sleeper.

Dalam Kategori 1A, juara disandang oleh Jayson Moh dari Daerah Tutong yang menerima baucar penginapan satu malam di Hotel Garden Sentral, manakala itu, tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi oleh Oscar Shim dan Stuart Yong dengan kedua-duanya menerima baucar Restoran Jolibee.

Para pemenang bergambar ramai.
Para pemenang bergambar ramai.

Untuk Kategori 1A ini, setiap pemain cuba memutarkan yo-yo bagi melakukan helah paling banyak dalam masa satu minit pada pusingan awal, dan tiga minit pada pusingan akhir.

Bagi Kategori Eli Hop (lompatan paling banyak), Edward Ng merangkul kejuaraan dan Kategori Long-Sleeper (putaran yo-yo paling lama) dimenangi oleh Bryian Siow.

Kesemua peserta juga menerima hadiah sagu hati dan sijil daripada pengurusan KBSentral.

ARTIKEL YANG SAMA