Pamer budaya Tiong Hua

Pamer budaya Tiong Hua

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Sebagai salah satu usaha untuk mengetengahkan budaya dan kesenian masyarakat Tiong Hua, satu delegasi seramai 26 orang penggiat seni dari Sekolah Opera Cina Xiong An, Xiamen, China, tiba di Negara Brunei Darussalam bagi mengadakan persembahan opera di Tokong Teng Yun di ibu negara bagi tempoh 12 hari.

Hadir untuk mengalu-alukan ketibaan delegasi berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tokong Teng Yun, Chua Thian Jin serta ahli-ahli jawatankuasa eksekutif yang lain.

Menurut Chua, kegiatan dan persembahan itu merupakan acara tahunan yang diadakan bersempena dengan pesta kuih bulan yang jatuh pada 27 September bagi 2015.

Kumpulan Opera bergambar ramai dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Kumpulan Opera bergambar ramai dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Katanya lagi, jawatankuasa berkenaan menjemput kumpulan opera dari China setiap tahun bagi mengadakan persembahan dan mengetengahkan salah satu persembahan kebudayaan masyarakat Tiong Hua.

Kumpulan itu, tambahnya, akan berada di Brunei kira-kira dua minggu di mana mereka akan mengadakan persembahan selama 12 hari kecuali pada malam Jumaat.

Persembahan opera itu akan bermula pada 26 September di Tokong Teng Yun, Bandar Seri Begawan dari jam 8 malam.

ARTIKEL YANG SAMA