Pamer gagasan tokoh Islam

Pamer gagasan tokoh Islam

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Suriati Haji Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah Sarjana Pendidikan dalam Pengajian Islam bagi sesi 2014/2015 universiti tempatan hari ini, bekerjasama dengan Jabatan Sains dan Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Rimba II (SMRII) untuk menjayakan Pameran Poster Tokoh-tokoh Pendidikan Islam ke-3 yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan.

Menurut jurucakap pelajar yang terlibat, pameran itu merupakan salah satu tugasan kursus bagi modul Aliran Pemikiran Falsafah Pendidikan Islam dan Barat dengan melibatkan kira-kira 15 orang mahasiswa-mahasiswi kursus berkenaan. Antara tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai tokoh pemikir Islam dari sudut pendidikan, sekali gus memberigakan maklumat kepada ibu bapa dan guru-guru serta pelajar mengenai tokoh Islam yang ternama.

Selain daripada itu, ia juga sebagai platform mengetengahkan gagasan pendidikan yang dipelopori tokoh Islam yang masih relevan sehingga ke kini.

Gambar ramai mahasiswa dan mahasiswi bersama pelajar sekolah yang mengadakan persembahan mereka.
Gambar ramai mahasiswa dan mahasiswi bersama pelajar sekolah yang mengadakan persembahan mereka.
Mahasiswi terlibat memberikan penjelasan kepada warga sekolah yang hadir di pameran itu.
Mahasiswi terlibat memberikan penjelasan kepada warga sekolah yang hadir di pameran itu.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan doa pagi sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru SMRII diikuti dengan program Perniagaan, Seni dan Teknologi (BAT) dan persembahan mari bercerita oleh pelajar Tahun 8A.

Majlis berkenaan turut menampilkan persembahan istimewa Kumpulan Putera Seni Majlis Belia Brunei serta diselitkan dengan pembentangan mengenai tajuk pameran yang disampaikan oleh Dayang Inderawati binti Haji Damit.

ARTIKEL YANG SAMA