Pamer gaya bebas di luar negara

Pamer gaya bebas di luar negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Seramai 40 pemain bola sepak gaya bebas dari Indonesia, Malaysia, Singapura termasuk Negara Brunei Darussalam baru-baru ini telah menyertai Pertandingan Bola sepak Gaya Bebas Asia Tenggara (ATFFC 2015) ke-2 yang diadakan di Kallang Community Centre, Singapura.

Negara Brunei Darussalam diwakili oleh lapan orang termasuk Presiden Komuniti Bola Sepak Gaya Bebas Brunei Darussalam, Awang Mohd Adi Iskandar bin Haji Abu Bakar yang dilantik sebagai salah seorang juri pertandingan.

Beberapa kategori telah dipertandingkan dalam pertandingan itu termasuk ATFFC Persembahan Duo yang dimenangi oleh pasangan negara Awangku Mohd Syafiq bin Pengiran Omar Ali dan Awang Isma Faiq bin Ismail; tempat kedua juga disandang oleh pasangan negara iaitu Awang Mohd Arif Mustaqim bin Mohd Isa dan Awang Zaeemul Adli bin Haji Abu Bakar; diikuti pasangan dari Indonesia di tempat ketiga.

Tujuh pemain yang mewakili Negara Brunei Darussalam dalam pertandingan yang disertai oleh seramai 40 peserta dari Asia Tenggara.
Tujuh pemain yang mewakili Negara Brunei Darussalam dalam pertandingan yang disertai oleh seramai 40 peserta dari Asia Tenggara.
Pemain-pemain negara yang berjaya memenangi beberapa kategori dalam pertandingan itu.
Pemain-pemain negara yang berjaya memenangi beberapa kategori dalam pertandingan itu.
Pasangan Awang Isma Faiq dan Awangku Mohd Syafiq ketika menunjukkan kehebatan mereka dalam Kategori ATFFC Persembahan Duo.
Pasangan Awang Isma Faiq dan Awangku Mohd Syafiq ketika menunjukkan kehebatan mereka dalam Kategori ATFFC Persembahan Duo.
Persembahan duo daripada Awang Zaemul Adli dan Awang Mohd Arif Mustaqim.
Persembahan duo daripada Awang Zaemul Adli dan Awang Mohd Arif Mustaqim.

Awang Zaeemul Adli sekali lagi menyerlah dalam Kategori ATFFC Pertandingan Mengawal Bola Paling Lama apabila dinobatkan sebagai pemenang pertama dan tempat kedua dalam Kategori ATFFC Terbuka 1 lawan 1.

Manakala dalam Kategori ATFFC Persembahan Perseorangan pula, Awangku Mohd Syafiq dan Awang Isma Faiq masing-masing dinobatkan sebagai pemenang ketiga dan keempat di bawah pemain dari Malaysia di tempat pertama dan pemain Indonesia di tempat kedua.

ARTIKEL YANG SAMA