Pamer karya, ...

Pamer karya, koleksi seni

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Hari Muzium Antarabangsa disambut pada setiap 18 Mei oleh lebih 35 ribu muzium dari 145 buah negara yang sama-sama turut serta meraikan sambutan berkenaan di mana penglibatan mereka itu menunjukkan satu peningkatan positif serta dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Pengarah Muzium-muzium, Dayang Aminah binti Haji Majid dalam kata alu-aluannya pada Majlis Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 yang berlangsung di Galeri Seni, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian acara sambutan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Dayang Aminah menambah bahawa tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 ialah ‘Muzium dan Cabaran Sejarah: Menyatakan Yang Tidak Terungkap’.

Selaras dengan tema itu, Jabatan Muzium-muzium buat kali pertamanya, berusaha sama dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Creative Space Art Gallery & Studio, mengadakan Pameran KRAF: Negotiating Cultural Traditions and Contemporary Artistic Practice di mana pameran itu mengutarakan tentang nilai seni dan budaya dalam konteks globalisasi yang menggandingkan karya seni tradisional dan kontemporari daripada koleksi Jabatan Muzium-Muzium dan para penggiat seni tempatan muda.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin turut melancarkan buku terbitan terbaru Jabatan Muzium-Muzium bertajuk Mengenal dan Mewarna; Kraf Tangan Brunei; Kain Tenunan yang diharap dapat memberikan pendedahan khususnya dalam kalangan masyarakat Brunei tentang kraf tangan Brunei dari pelbagai aspek.

Yang Berhormat Pehin menyaksikan dan diberikan penerangan mengenai Pameran KRAF.
Yang Berhormat Pehin menyaksikan dan diberikan penerangan mengenai Pameran KRAF.
Yang Berhormat Pehin menyam-paikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para penerima.
Yang Berhormat Pehin menyam-paikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada para penerima.

Beliau juga menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata kepada pesara dan sijil penghargaan kepada penyumbang bahan tahun 2016.

Yang Berhormat Pehin kemudian berpeluang untuk menyaksikan Pameran KRAF di mana pameran itu menumpukan kepada nilai seni dan budaya mengikut konteks globalisasi di mana beliau diberikan penerangan mengenai pameran berkenaan oleh kurator pameran, Dr. Rui Oliveira Lopes.Pameran itu memperlihatkan pertikaian sejarah di antara seni dan kraf tangan, tradisi dan moden serta juga antara golongan generasi emas dan muda Negara Brunei Darussalam.

Pameran bermatlamat untuk melibatkan penggiat seni tempatan muda dalam sama-sama menyambut dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 dengan memberikan peluang kepada mereka untuk mempamerkan karya masing-masing.

Pameran itu mengetengahkan hasil karya daripada lebih 30 orang artis serta juga lebih 24 bahan koleksi Jabatan Muzium-Muzium yang berkaitan dengan karya artis dipamerkan.

ARTIKEL YANG SAMA