Pamer kebudayaan Indonesia

Pamer kebudayaan Indonesia

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Okt – Sempena Hari Kemerdekaan ke-70 Indonesia, Kedutaan Republik Indonesia di Brunei Darussalam akan mengadakan Pameran Kebudayaan, Kulinari dan Pendidikan bertema ‘Indonesian Showcase 2015’ di tingkat bawah Kompleks Membeli-belah Times Square bermula esok (30 Oktober) hingga 1 November.

Sepanjang pameran berkenaan para pengunjung akan dapat menyaksikan pameran lukisan dan menyertai bengkel batik mini, mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program pengajian di universiti-universiti terkemuka di Indonesia serta mencuba makanan dari negara itu di samping pelbagai pilihan produk makanan Indonesia.

Semasa acara itu juga, akan diadakan pertandingan memasak makanan Indonesia dan demonstrasi masakan oleh cef selebriti dari negara berkenaan dan Persatuan Cef Indonesia.

Sehubungan itu, kedutaan berkenaan mengalu-alukan orang ramai untuk menghadiri pameran berkenaan dan menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Maklumat lanjut mengenai acara berkenaan boleh didapati menerusi adXpert Marketing dengan menghubungi talian 2427789.

ARTIKEL YANG SAMA