Pamer kehebatan alam

Pamer kehebatan alam

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Dengan gambar bertajuk ‘Mother’s Venetian Blinds’, Adam Chong Kai Lung menjuarai Pertandingan Foto Alam Semula Jadi anjuran sebuah kelab hidupan liar tempatan, baru-baru ini.

Di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Burger King Brunei, Citis Square, Melvin Law Hieng Hing menerima hadiah kedua dengan gambarnya bertajuk ‘Sunset at Jerudong Beach’, manakala gambar yang diambil oleh Awangku Amirol Fikhri bertajuk ‘Sunset Surfer’ memenangi tempat ketiga.

Sementara itu, tempat keempat dan kelima, masing-masing disandang oleh Dayang Siti Ani Nur’Aqilah dengan gambarnya bertajuk ‘Sunset Therapy’, dan Masadezam dengan gambar bertajuk ‘One of the harmless insect, the centipede’.

Para pemenang menerima baucar-baucar daripada Burger King dan Joremee Auto Care.

Dalam ucapan alu-aluan ketua jawatankuasa penganjur, Dayang Nur Farah berkata pertandingan berkenaan bertujuan untuk mempromosikan keindahan dan kepentingan alam semula jadi serta mengetahui bagaimana rakyat Brunei melihat keindahan alam semula jadi.

Antara para peserta yang menyertai pertandingan itu bergambar ramai bersama pihak penganjur.
Antara para peserta yang menyertai pertandingan itu bergambar ramai bersama pihak penganjur.
Adam Chong Kai Lung (kanan) yang menjuarai Pertandingan Foto Alam Semula Jadi.
Adam Chong Kai Lung (kanan) yang menjuarai Pertandingan Foto Alam Semula Jadi.
Dayang Siti Ani Nur’Aqilah (kanan) menerima hadiahnya di majlis itu.
Dayang Siti Ani Nur’Aqilah (kanan) menerima hadiahnya di majlis itu.
Foto Adam yang mendapat tempat di hati para penganjur.
Foto Adam yang mendapat tempat di hati para penganjur.

Tambahnya lagi, fotografi alam semula jadi tidak sepatutnya hanya dilihat sebagai gambar cantik, tetapi juga melibatkan penonton dan menunjukkan perspektif berbeza.

Seramai 31 peserta dengan 57 gambar menyertai pertandingan berkenaan, yang mana menurut kelab berkenaan, sambutannya agak memberangsangkan kerana tempoh menghantar penyertaan hanya sebulan.

Gambar-gambar kebanyakannya memfokuskan ke atas landskap tetapi pihak penganjur juga menerima beberapa keping gambar haiwan yang diambil secara dekat (mikro).

ARTIKEL YANG SAMA