Pamer kekuatan ke atas Korea U

SEOUL, Korea Selatan, 6 Dis – Amerika Syarikat menerbangkan pesawat pengebom supersonik B-1B di ruang udara Korea Selatan hari ini sebagai sebahagian daripada latihan gabungan udara besar-besaran melibatkan ratusan pesawat perang, satu amaran jelas selepas Korea Utara minggu lalu menguji peluru berpandunya yang terbesar dan berkuasa.

Ketua Turus Tentera Bersama Korea Selatan berkata pesawat pengebom di Guam itu disimulasikan dari serangan darat di padang tentera berhampiran pantai timur Korea Selatan semasa latihan bersama jet pejuang Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

“Menerusi latihan itu, pasukan udara AS dan Korea Selatan mempamerkan hasrat dan keupayaan tegas sekutu-sekutu untuk menghukum Korea Utara apabila diancam oleh senjata nuklear dan peluru berpandu,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Jet pejuang F-16 AS menyertai latihan udara bersama yang digelar Vigilant Ace antara AS dan Korea Selatan, di Pangkalan Udara Osan di Pyeongtaek, Korea Selatan pada 6 Disember. – AP

Terbang lalu pesawat B-1B telah menjadi satu pertunjukan kekuatan serupa kepada Korea Utara, yang mana selepas tiga ujian peluru berpandu balistik antara benua jelasnya telah bergerak lebih dekat ke arah membina gedung nuklear yang boleh menyasarkan tanah besar AS. Latihan lima hari yang bermula Isnin lalu itu melibatkan lebih 200 pesawat udara, termasuk enam pesawat udara F-22 AS dan 18 pesawat senyap F-35.

Korea Utara yang membenci pertunjukan tentera Amerika itu berkata dalam media kerajaannya kelmarin bahawa ‘AS yang menjadi pencetus perang’ itu telah meletakkan rantau itu dalam risiko perang nuklear. – AFP