Pamer produk Razer

Pamer produk Razer

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Pengedar jenama Razer, Netcom Computer House mengadakan Jerayawara Razer buat pertama kali di Atrium, Times Square, bermula hari ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Salah satu produk yang dipamerkan pada jerayawara tersebut ialah sebuah jam tangan menarik dengan slogan ‘Not a smartwatch but a Watch that’s Smart’ dipanggil Razer Nabu Watch.

Jam tangan digital yang canggih ini didatangkan dengan skrin pendua Nabu yang memaparkan previu pemberitahuan dari telefon pintar, trek kecergasan dan aktiviti tidur melalui accelerometer.

Razer Nabu Watch dilengkapi ciri-ciri canggih jam tangan digital terkenal seperti paparan backlit, pemasa undur, jam randik, waktu dunia dan loceng penggera dan juga pelarasan masa automatik melalui Bluetooth untuk memastikan jam sentiasa menepati standard global. Yang paling penting, komponen chronograph digital Razer Nabu Watch mempunyai jangka hayat bateri yang boleh diganti selama 12 bulan.

Skrin pendua Razer Nabu Watch menyempurnakan lagi jam ini seperti pemberitahuan pintar, pengesanan kecergasan dan komunikasi ‘watch-to-watch.

Razer Nabu Watch (dua kanan) bersama produk Razer yang lain.
Razer Nabu Watch (dua kanan) bersama produk Razer yang lain.

Jam yang boleh digandingkan ke telefon pintar melalui Bluetooth ini membolehkan pengguna menerima panggilan, teks, e-mel dan makluman aplikasi dengan mudah. Accelerometer membolehkan pengesanan kecergasan komprehensif seperti langkah berjalan, jarak perjalanan, jumlah kalori dibakar dan banyak lagi.

Akhir sekali, dengan keupayaan komunikasi yang unik, dua pengguna Razer Nabu Watch boleh bertukar-tukar maklumat Facebook dan Twitter dengan mudah. Ciri ini berfungsi silih berganti antara mana-mana Nabu Watch, Nabu dan/atau Nabu X.

Skrin pendua jam ini mempunyai jangka hayat bateri selama tujuh hari dan boleh dicas semula dengan kabel. Edisi standard direka dengan bahan-bahan polycarbonate yang tahan lasak dengan cahaya sorotan hijau Razer.

Razer adalah peneraju dunia dalam peranti dan perisian untuk pemain permainan komputer di mana Netcom mempamerkan barisan produk Razer terbaru dari tetikus, headset, papan kekunci (keyboard) dan aksesori.

ARTIKEL YANG SAMA