Pameran 500 t...

Pameran 500 tahun evolusi perkembangan robot

LONDON – Terangsang dengan satu kepercayaan bahawa sebenarnya manusia pada dasarnya takut kepada robot, Ben Russell telah menetapkan mengenai carta evolusi automatons dengan mengadakan satu pameran yang diharap akan dapat membuka minda dan fikiran orang ramai tentang bagaimana androids dan lain-lain mereka bentuk sebuah robot yang boleh meningkatkan lagi kualiti kehidupan manusia. “Robot, telah bersama dengan kami selama berabad-abad dan sebagai sebuah robot, ia patut dikenang dan diperkenalkan asal usulnya,” tambah Russell lagi kepada wartawan AP. Russell telah berjaya menjalankan satu pameran mengenai robotic di Muzium Sains London dan telah dirasmikan baru-baru ini untuk kunjungan orang ramai.

Dari abad ke-15, robot yang dicipta di Sepanyol yang dicium terlebih dahulu oleh sami sehingga kepada sebuah robot ‘Childoid’ dari Jepun yang berupaya membaca berita dan telah dicipta pada tahun 2014 dengan ekspresi wajah yang kelihatan benar merupakan antara robot yang dipamerkan di muzium tersebut. Pameran tersebut sebenarnya cuba menjejaki lagi pembangunan robotic dan obsesi manusia dalam usaha untuk mereplikasi spesies sendiri.

Sebuah filem yang dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger dalam Terminator sedikit sebanyak memperkenalkan aplikasi robot dalam filem berkenaan dan diikuti dengan filem, Robby Robot yang dihasilkan pada tahun 1956 turut mengadaptasikan penggunaan robot begitu juga dalam filem, Forbidden Planet, memaparkan cerita seram di sebalik sebuah robot dan keupayaannya untuk mengerakkan minda mereka sendiri.

Terdapat juga contoh sebuah kilang mesin pengeluaran yang telah dipersalahkan kerana mengambil pekerjaan rakyat dalam beberapa dekad kebelakangan ini yang memfokuskan dalam penciptaan ‘Telenoid Communications Android’ untuk menjadikan telefon bimbit lebih mesra untuk mengurangkan kesepian. Malah sebuah lagi robot yang dikenali sebagai Kaspar (robot sosial minimum ekspresif) dibina seperti seorang kanak-kanak dan direka bentuk untuk membantuk meringkan lagi interaksi sosial untuk kanak-kanak yang mengalami autisme.

Sebuah robot ‘Childoid’ dari Jepun yang berupaya membaca berita dan telah dicipta pada tahun 2014 dengan ekspresi wajah yang kelihatan benar. – AP
Sebuah robot ‘Childoid’ dari Jepun yang berupaya membaca berita dan telah dicipta pada tahun 2014 dengan ekspresi wajah yang kelihatan benar. – AP

Britain Robots

Britain Robots

“Apabila anda cuba mengambil satu pandangan yang baru dan lebih jauh sebagaimana yang telah kita lakukan selama 500 tahun dengan robot, robot telah mengalami satu kronologi perkara-perkara yang menakutkan, adakalanya robot ini ajaib, menarik, berguna dan robot-robot ini biasanya cenderung untuk melakukan apa yang kita mahu mereka lakukan,” kata Russell lagi kepada wartawan AFP. Russell bekerja di muzium sains dan merupakan kurator utama di pameran tersebut.

Berlainan

Sementara sifat manusia yang sentiasa merasa bimbang terutama dalam menghadapi perubahan, Russell berkata bahawa pameran itu sebenarnya membantu orang ramai untuk berfikir lagi tentang apa yang kita harungi sekarang sebagai seorang manusia dan sedar bahawa jika robot datang bersama-sama dengan manusia, anda berkemungkinan mempunyai kepentingan dalam bagaimana mereka untuk berkembang.

Dianggarkan seramai 100 buah robot telah dipamerkan dalam pameran itu yang mana telah menempuh lima tempoh sejarah yang berbeza terutama dalam pertunjukan yang meneroka isu keagamaan, perindustrian, budaya pop dan visi masa depan yang telah berjaya membentuk masyarakat. Bagi Rich Walker, pengarah urusan Syarikat Shadow Robot di London berkata bahawa robotik adalah sebuah mesin yang semakin canggih dan boleh melakukan apa sahaja untuk manusia bagi menjadikan kehidupan manusia lebih mudah dan teratur terutamanya bagi orang tua atau individu yang terjejas anggota badan.

Salah sebuah robot yang dicipta hasil inovasi jurutera dari Jepun. – AP
Salah sebuah robot yang dicipta hasil inovasi jurutera dari Jepun. – AP
Salah sebuah syarikat robotik telah membangunkan satu lagi tangan robot yang boleh meniru 24 daripada 27 pergerakan semula jadi tangan manusia. – AP
Salah sebuah syarikat robotik telah membangunkan satu lagi tangan robot yang boleh meniru 24 daripada 27 pergerakan semula jadi tangan manusia. – AP

Britain Robots

“Saya secara semula jadi menjadi lebih malas dan turut terlibat dengan pelbagai perkara, oleh itu saya boleh mendapatkan sebuah robot untuk melakukan apa sahaja perkara-perkara yang bagus bagi saya,” kata Walker lagi kepada wartawan AP. Syarikat beliau telah membangunkan lagi satu tangan robot yang boleh meniru 24 daripada 27 pergerakan semula jadi daripada tangan manusia.

“Sebagai seorang manusia yang mempunyai kadar kegagalan 1 peratus pada tugas-tugas yang berulang-ulang serta melakukan kesilapan kira-kira sekali dalam setiap dua jam, tangan boleh menggantikan manusia di talian pengeluaran,” tambah Walker lagi kepada wartawan AP. Walker turut mengakui bahawa hakisan kepada beberapa jenis pekerjaan akan terjadi jika penciptaan tangan robotik itu berjaya dilakukan namun jika tugas-tugas berulang itu dilakukan oleh automatons, membuatkan nilai peranan individu menjadi kurang.

“Apa yang pasti, isu sekarang adalah untuk membina semula ekonomi supaya ia mempunyai pendekatan holistik yang menjurus kepada pekerjaan,” tambah Walker lagi kepada wartawan AP. Beberapa soalan sering dikemukakan ketika pameran itu dijalankan dan juga oleh Kesatuan Eropah, sama ada atau tidak robot perlu membayar cukai ke atas nilai output mereka sebagai sebahagian daripada revolusi perindustrian yang baru di seluruh dunia. – AP

ARTIKEL YANG SAMA