Pameran Antidadah BKN

Pameran Antidadah BKN

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik (BKN) akan mengadakan pameran anti-dadah bertemakan ‘What you don’t know can kill’ sempena percutian penggal persekolahan ini.

Pameran tersebut, akan diadakan di Tingkat 2, The Mall, Gadong, bermula 8–13 Sept ini dari jam 11 pagi hingga 4:30 petang.

Sepanjang pameran itu, aktiviti-aktiviti sampingan juga diadakan termasuklah kuiz dan permainan, persembahan seperti pementasan drama, penyampaian sajak, ‘busking’ dan lain-lain yang semuanya akan bertemakan antidadah.